Want your
own Fotopage?























 
::~Journey to remember~::

By: Norhayati Ahmad

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Monday, 24-Mar-2008 08:53 Email | Share | Bookmark
::Muffin Pandan,Kacang Soya & Jalan2 di Sg Buloh::

 
 
 
"yg mana satu yer?"
Kedondong
Inilah pokok halau nyamuk
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Muffin Pandan
Air Kacang Soya
Semalam jalan2 kat Sg Buloh, saja cuci mata. Kebetulan mama saya nak cari bunga dan pasu.
Sampai sana dah kul 12 tgh hari, nasib baik cuaca tak brp panas.... Mungkin salah satu sebab persekitaran kat sana yg hijau2 membuatkan suasana jadi nyaman dan sejuk mata memandang...

Dari dalam kete lagi, dah seronok tgk pokok2 bunga yg ada. Banyak sgt kedai, tak tau nak pilih yg mana satu. Kiranya ikut naluri lah dan masuk kedai yg bunga paling cantik...
Kitaorg fokus pada pokok bunga orkid... Mama saya mmg fanatik ngan pokok bunga orkid nih. Rasanya dah bleh bukak nursery orkid kat umah tuh...
Banyak gak mama shopping... Pasu bunga, tanah, anak pokok orkid, dan pokok2 kegemaran dia. Saya plak cuma beli tanah, pokok kedondong, pokok limau kasturi, dan pokok halau nyamuk murahnya je rm2. Maklumlah musim2 hujan ni banyak nyamuk dan banyak kes denggi. Tak tau keberkesanan pokok tuh, nnt saya kaji yerk.


























Inilah dia Pokok Halau Nyamuk... xtau nama saintifik dia.



Lepas balik dr Sg Buloh, rehatkan badan kejap. Lepas tu masuk dapur. Terliur tgk pandan muffin maklang. Teruja plak nak memcuba. Resipi di ambil dr FP Maklang. Rasanya boleh tahan, sedap. Tak rugi memcuba resipi nih, simple sangat. Sementara tunggu muffin ni masak, saya buat air soya plak. Saya ngan hubby mmg suka air kacang soya nih . Selalu beli jerk, tapi di sebabkan tak puas minum air kacang soya kotak yg jual kat pasaraya tuh, itu yg tekad nak buat sendiri air kacang soya nih . Puas minum sampai kembung perut . Siap bawak bekal g opis. . Buat air soya ni pon senang dan simple jerk.. Teringat sebelum kawen, masa duduk ngan mama...kalau bulan posa air kacang soya ni minuman wajib. Sekali buat mmg satu periuk besar...






PANDAN MUFFIN
Sumber : yani

Bahan
180 g mentega tanpa garam (unsalted butter)
140 g gula halus
2 biji telur gred A
80 ml susu segar
1 camca teh esen vanilla
220 g tepung gandum* (maklang guna self raising flour je)
2 camca teh baking powder*(*disatukan dan diayak)
1 camca teh pandan paste dan colouring hijau
Sedikit coklat cip untuk hiasan (optional)

Cara
Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh, tabur sedikit coklat cip dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..






AIR KACANG SOYA

Bahan2:
500gm kacang soya.
Secubit garam
Daun Pandan
Gula

Cara:
1. Rendam kacang soya semalam.
2. Bersihkan dan toskan.
3. Kisar 1 cawan kacang bersama 2 cawan air atau ikut kepekatan yg di kehendaki.
4. Tapis air kacang soya dengan kain sebelum di masukkan ke dalam periuk (supaya tak berkeladak)
5. Boleh kisar semula kacang soya tadi, mengikut tahap kepekatan yg di ingini.
6. Masak dengan api perlahan.
7. Masukkan beberapa helai daun pandan atau perisa pandan. Ikut masing2 lah.
8. Masukkan secubit garam dan akhir sekali masukkan gula.
9. Kacau jangan tak kacau, nnt air soya nih bleh hangus.


Selamat mencuba...


Quote:
KHASIAT KACANG SOYA

Umum mengetahui kebaikan susu kacang soya. Kacang ajaib ini telah menjadi bahan tenusu yang baru, iaitu neo-protein untuk diet masakini. Ia juga boleh ditukarkan ke apa – apa jua hidangan yang berasaskan susu, keju, aiskrim, kacang dan juga hamburger!
Jadi apakah alasan di sebalik kebaikan kacang soya?

FUNGSI MEMORI

Fakta ini amat benar terutamanya bagi mereka yang sedang melalui alam menopaus. Selepas menopaus, kajian menunjukan lebih ramai wanita mengalami penurunan daya memori berikutan kekurangan hormon estrogen. Kajian juga menunjukkan yang soya menguatkan lagi memori berikutan kandungan utama soya ; isoflayones, yang melindung sel saraf daripada tekanan oksida.

PENURUNAN BERAT BADAN

Soya telah menjadi bahan utama dalam proses penurunan berat badan kontemporari bagi kedua – dua lelaki dan wanita. Terdapat banyak sebab ; pertamanya; ia mempunyai index glycemic yang rendah, ini bermakna ia menghalang gula di dalam darah daripada meningkat secara cepat. Soya juga merupakan sumber protein rendah lemak yang membantu membina kandungan otot – tidakkah ianya kedengaran seperti sebuah alternatif yang lazat?

MENENTANG RADIKAL

Matahari merupakan salah satu entiti yang sangat berbahaya kepada kulit kita, terutamanya di dalam keadaan cuaca kita yang agak panas. Soya telah dibuktikan mempunyai kandungan antioksida yang boleh membantu menentang radikal ini, kandungan utamanya adalah isoflavounes yang terdapat di dalam protein soya.

PEMBANGKIT TENAGA

Soya merupakan sumber tenaga yang menakjubkan untuk tubuh kita. Kandungan proteinnya menyokong tahap tenaga, stamina dan juga dapat meningkatkan prestasi sukan seseorang. Ini adalah kerana protein soya kaya dengan asid amino, yang menyokong otot badan dan tulang.Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat tubuh kita akan dapat bertahan dengan keperluan fizikal sehari – hari. Jadi, jika anda rasa tubuh anda tidak bertenaga, minumlah soya untuk kembali bertenaga.




sedapnye tgk air soya tu..
akak suka minum..tp..hubby akak tak suka pulak..
tu yg malas nak buat tu..

tingat masa akk gi cameron highland..
ada gak beli pokok halau nyamuk nie..
tp tak sampai 3 ari..pokoknya mati..
yg kelakarnya..bila pokok nie mati..
nyamuk boleh bertenggek kat daun yg layu tu..
Mon 24-Mar-2008 03:44
Posted by:fieza ayang1011@yahoo.com  - [Link]
salamm... ya Allah..! geramnyer akak tengok bunga2 tu sumerrr... boleh 'gila' dibuatnya kalau pegi kedai bunga nih..
dulu aka pernah gak tanam pokok yg bunga halus2 purple & merah tu... tanam dlm pasu gantung.. cantik sangat! tp skrg ni dah pupus sejak dah pindah rumah bertingkat ni... sayang betul!
psttt.. rajin tul buat muffin & air soya tuh... sedapkan? fresh lagi...
Wed 26-Mar-2008 01:34
Posted by:MaDiHa  - [Link]
Sg. Buluh ni memang terkenal dengan bunga-bungaan. Asal nak beli bunga je teringat kat Sg. Buluh. Pas ni boleh ler tukar nama Sg. Bunga la pulak...pasal buluh pun dah tak de kat sana. Sun 30-Mar-2008 16:08
Posted by:yatie  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.