|
|
| Saturday, 25-Oct-2008 06:17 |
Email | Share | | Bookmark |
|
::CERITA RAYA::
|
|
Salam semua...
Lama betul tak update FP ni...
Bukan setakat bersawang je, lebih dari tuh...
Semenjak mula bulan pose hari nih mmg tak sempat nak update FP nih.
Sibuk dengan order kuih raya...
Alhamdullilah rezeki tahun ni murah, dapat order lebih dari tahun lepas... AMIN.
Terima kasih pada "encik abang sayang" yg banyak tolong...
Raya tahun ni macam biasa... Ini raya kali kedua kami sebagai suami isteri dan still berdua lagi... Belum ada rezeki lagi...
Persediaan pon ala kadar jer...
Raya tahun ni turn aku plak beraya kat kampung aku... Tahun lepas dah beraya kat Bentong... Sori yer encik abang kena ikut turn yer....
Pagi raya selepas semayang raya terus g keramat...
Macam biasa menu utama kitaorg "rendang tok". Itu yg aku cari dulu...
Lepas tu layan lah budak2 yg datang beraya, teringat plak zaman aku kecik2 abis satu kg datuk keramat tu aku merayap...
Lepas Asar, terus kitaorg balik Bentong... Nasib baik kg kitaorg dekat-dekat jer. Sejam lepas tu dah sampai kampung. Sampai kampung dah dengar bunyi meriah. Maklumlah semua ada. Adik beradik hubby ramai, berbanding aku 2 orang jer.
Menu kat kg plak, aku mesti cari ketupat palas inti kacang (rasanya ini menu org utara) pasal kalau belah family aku takde ketupat palas berinti.
Raya kat kg macam biasa je. G jalan-jalan umah saudara yg dekat2 je.
Masuk raya kedua, dah kurang meriah pasal satu family dah balik.
Masuk raya ketiga kurang meriah lagi, satu family dah balik gak.
Mula lah rasa bosan skit...
Apalagi petang tuh kitaorg tukar uniform raya untuk masuk "kebun". Memang keje giler, org tgh sakan beraya kitaorg masuk kebun. Muka selamba je lalu jalan kampung dengan pakaian g kebun.
Selain dapat hilang rasa bosan dapat gak kuar peluh buat excercise (makan banyak sangat masa raya).
Tak buat apa pon, cuma intai2 pokok yg dah tanam sebelum puasa dan tanam serai lebih kurang 50 rumpun.. Saja suka2
Raya ke-4 dah balik KL balik....
Beraya umah saudara mara kat KL plak...
Raya ke-6 dah mula keje balik...
Raya ke 10-12 ada "MITRA FAMILY OUTING" kat Penang. (Nanti aku upload gambar next entry).
Lepas keje lah macam biasa....
Anak buah:
Mama,Makteh, Kakak ipar dan aku:
Abang & Family:
Family Kecik:
Pengantin Baru version lama:
|
|
|
|
|
|
| Monday, 1-Sep-2008 13:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jualan Biskut Raya
|
|
Jualan biskut raya kembali....
Untuk maklumat lanjut boleh hubungi saya
HP: 012-3482041
EMAIL: eixora_my@yahoo.com
YM: eixora_my@yahoo.com
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 2-Jul-2008 08:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
F 4 EVER GATHERING - Part 1
|
|
Hii...
Nak sambung citer bergambar photoshoot ari tuh...
Ari tuh tak dapat nak upload semua gambar pasal x dpt lagi dvd dr photographer - abg din dan di tambah penyakit MALAS yg melanda agak teruk skrg nih...
Laaa ni dah dapat apa lagi sakan lah nak menepek gambar...
Photoshoot di adakan di Bukit Cerakah, Shah Alam pada 22 June 2008...
Takde apa2 event pon, cuma sebagai gathering kitaorg berlima nih ("friend 4 ever")
Photoshoot ni dihadiri oleh 3 orang photographer...
Thanks to Abg Din & Team... Meriah!!!
Ermmm, tempat mmg best giler, ada sawah padi.
Tempat 1st kitaorg shoot kat sekitar sawah padi ni...
Terasa macam betul2 kat sawah padi lah...
Dah puas tonggeng terbalik kat area sawah padi tu, kitaorg kayuh basikal plak...
Mak buyong pon terjebak kena kayuh basikal...
Suspen gak, alhamdullilah takde apa2...
Sham harap2 anak kau kuar nanti jadi jaguh kayuh basikal tau...
Abis seisi basikal, kitaorg jalan2 naik bas plak...
Bas yg macam kat Zoo tuh
Abis satu taman kitaorg pusing ngan, jumpa tempat menarik kitaorg berhenti dan turun dan posing...
Itu jelah keje kitaorg kat sana...
Siap berkelah tau'...
Jom layan gambar plak...
Nanti kita layan gambar di sebalik tabir plak yer...


|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 1-Jul-2008 07:56 |
Email | Share | | Bookmark |
|
In The Name Of ALLAH, The Most Gracious, The Most Merciful
|
|
1 REJAB 1429 / 4 JULAI 2008
Sabda Rasulullah SAW
"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb a.s "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab .
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah SAW berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai Nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."
FADILAT BULAN REJAB
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti puasa 40 tahun dan diberi minum air dari syurga"
Rasullulla h s.a.w. bersabda;
"Puasa 1 hari pada bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumurnya (sepanjang umurnya)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 3 hari dalam bulan Rejab, dijadikan parit yang panjang yang menghalangkan dia ke Neraka (panjangnya setahun perjalanan)"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa berpuasa 3 hari ada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya (berjaga)seperti dia berpuasa 3,000 tahun,diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya,70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Quran dinaikkan ke langit) 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan,70 hajat ketika berlalu di atas titi Sirotolmustaqim."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 4 hari dalam bulan Rejab akan diafiatkan dia daripada bala dan daripada penyakit yang besar-besar, dan daripada fitnah dajal pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Puasa 5 hari pada bulan Rejab, aman daripada azab kubur."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 6 hari pada bulan Rejab, keluar dari kubur bercahaya mukanya."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 7 hari dalam bulan Rejab akan ditutup daripadanya 7 pintu Neraka."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 8 hari dalam bulan Rejab akan dibuka baginya 8 pintu Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 9 hari pada bulan Rejab keluar dari kuburnya lalu tidak ditolak dia dari masuk Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, dijadikan 2 sayap, terbang seperti kilat diatas titian Sirotolmustaqim pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 10 hari pada bulan Rejab, Allah akan menjadikan baginya hamparan perhentian di titian Sirotolmustaqim pada tiap-tiap satu batu."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 15 hari pada bulan Rejab adalah sama seperti berpuasa 100,000 tahun."
Rasullullah s.a.w. bersabd a;
"Puasa 16 hari pada bulan Rejab akan dapat melihat wajah Allah di dalam syurga,dan akan menjadi orang yang pertama menziarahi Allah didalam Syurga."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 19 hari pada bulan Rejab akan dibina baginya sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Ibrahim dan Nabi Adam."
Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Puasa 20 hari pada bulan Rejab, diampunkan segala dosanya yang telah lalu. Maka mulailah beramal barang yang tinggal daripda umurnya (pembaharuan umur)."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa bulan Rejab, wajib baginya diampunkan dosanya yang lalu, dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal dan terlepas dari dahaga pada hari Kiamat."
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Puasa pada awal Rejab,pertengahan dan akhirnya seperti berpuasa sebulan pahalanya"
Rasullullah s.a.w. bersabda;
"Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebuku roti"
Rasullull ah s.a.w. bersabda;
"Sesiapa melapangkan kekeruhan, kesusahan dan kepicikan orang Mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus"
Rasullullah s.a.w. bersabda,
"Bulan Rejab Syahrullah (bulan Allah) diampunkan dosa orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah."
**Marilah kita semua sama-sama berpuasa..insyaALLAH**
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 22-Jun-2008 11:15 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Coming Soon...
|
|
More pictures....
--->>>Coming Soon
| Quote: | | Antara kitaorg berlima nih, 3 orang yg dah kawen, sorang dah jadi mak orang, sorang lagi bakal jadi ibu, 2 orang lagi bakal jadi pengantin tak lama lagi... |
|
|
|
|
|
|
| Monday, 9-Jun-2008 08:40 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Jalan Lagi @ Bujang Lagi... ;-)
|
|
Macam biasa lah keje saya ni merayap dan marayau lagi...
Takpelah jadi "kaki jalan" dari jadi kaki lain kan???
Sori yer abang sayang, kena tinggal lagi...
Takpelah tgk gambar pon jadilah kan...???
Ada masa atau bajet tahunan 2008 terlebih kita g berdua plak yer...
|
|
|
|
|
|
| Sunday, 1-Jun-2008 12:29 |
Email | Share | | Bookmark |
|
KeeP SliM....
|
|
Pelik tajuk tu kan???
Sebenarnya sempena masuk bulan baru ni (JUNE 2008), saya ada azam baru... (ingat ada azam tahun baru je ke).
Azam untuk mendapatkan berat badan yg ideal...
Tak dapat kembali ke berat zaman anak dara pon tak kisahlah, janji dapat berat badan yg ideal..
Yelah semenjak kawen setahun yg lalu berat sy naik dengan jayanya... Hampir 10kg...
Berketul2 "mucles" kat di seluruh badan...
Tiap kali jejak kaki kat penimbang hati berdebar2 jer... Jgn lah naik lagi..
Semakin naik angka tu, boleh kena sakit jantung wow...
Tapi dari segi angka mmg tak dapat dinafikan, betapa beratnya saya nih...
Di sebabkan rasa tak selesa dengan peningkatan berat badan yg tak sesuai dengan ketinggian (sy orangnya katek ) sy tekad nak mulakan program diet sendiri dengan di bantu oleh encik abang (tugasnya menghalang sy dr makan berat ketika dinner) dan kawan2...
Yelah nak g pusat pelangsingan tak mampu lah pulak...
Nak makan pil kurus... SORRY tak berani amek risiko...
Saya akan cuba cara tradisional atau cara lain yg lebih sihat...
Ini ada beberapa Petua Tradisional sy dapat entah dari mana...
Mengempiskan Perut
(1) Ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih . Sebatikan lalu disapu pada perut kemudian ikat perut seperti perempuan yang baru lepas bersalin (bengkung) Jika tidak mahu bengkung, lumurkan atau sapu dekat perut sahaja, amalkan setiap malam.
(2) Asam jawa dan garam dibancuh dengan segelas air panas. Embunkan semalaman. Esok paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka atau membuang air kecil. Mengelak perut buncit Sekiranya anda makan nasi, jangan disulami dengan air. Minum air setelah selesai makan Sebaik-baiknya minum 1/2 jam - 3 jam kemudiannya. Petua ini dapat mengelakkan perut buncit.
Melangsingkan Tubuh
Dua biji lobak merah dan sebiji timun diparut dan diperah airnya. Campur dgn sebiji air limau nipis dan bancuh hingga sebati. Minum dua kali sehari. Amalkan sehingga mencapai berat badan ideal.
Menurunkan Berat Badan
(1) Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.
(2) Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari. Perah airnya ke dalam gelas yg berisi air sejuk. Masukkan ke dalam peti ais. Amalkan minum selepas makan tengahari atau selepas makan malam.
| Quote: | | Di harap kawan-kawan di luar sana dapat memberi kan petua2 yg berkesan dalam menurunkan berat badan nih. Pada sesiapa yg ada pengalaman dalam menurunkan berat badan, meh lah share dengan saya... |
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 20-May-2008 07:49 |
Email | Share | | Bookmark |
|
++Orang Baru++
|
|
| Quote: | "Orang Baru" - Muhammad Nor Danish Amani merupakan "anak sulung" dalam keluarga kitaorg berlima ni. Besh Danish, ada 5 orang "mummy" sekaligus , Semoga Danish menjadi anak yg soleh ye. |
Seisi bergambar ni sebenarnya untuk is + azman bersama dengan "orang baru" - Muhammad Nor Danish Amani Bin Nor Ar Azman yg lahir bulan lepas 10/4/08...
Kami kawan2 sekadar menyibuk untuk memeriahkan photoshoot ni...
Photoshoot ni mmg di rancang sebelum is bersalin lagi...
Tapi tak dapat nak buat dalam masa terdekat lepass is bersalin tuh...
Masalah nak arrange masa yg sesuai untuk kitaorg berlima berkumpul...
Akhirnya mmg tak dapat berkumpun berlima, hanya kitaorg bertiga jer
Takpelah kita tunggu sham punyer giliran plak yer...
Ni gambar masa Is mengandung + melompat.....
Ni gambar masa is nikah...
Gambar selebihnya atau maklumat lanjut silalah layarihttp://amozphotostudio.fotopages.comAbg din ni kitaorg kenal masa is kawen, dia jadi photographer tuk majlis kawen is, lepas tu ikatan persahabatan antara kitaorg di teruskan masa majlis kawen Sham, lepas tu diteruskan lagi dengan photoshoot ++orang baru++. Abg Din mmg sporting + sempoi abis....
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 29-Apr-2008 14:41 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Tips Untuk Wanita
|
|
Jom share tips nih...
Tips Untuk Wanita
*** Minum banyak air putih kerana ia mampu membuang toksin, menjaga kesihatan kulit dan membakar kalori dalam badan. Bila badan sihat, anda akan nampak cantik luar dan dalaman sekali gus mampu menyenangkan hati suami atau kekasih.
*** Rajin-rajinlah bersenam. Jika badan sihat, anda mampu melakukan pelbagai aktiviti sihat dengan orang tersayang seperti berjoging, mendaki gunung, jungle trekking dan banyak lagi. Bila bangkit dari tidur, lakukan sedikit regangan ringan bagi membetulkan peredaran darah.
*** Jangan sesekali merokok. Rokok bukan saja merosakkan jantung dan paru-paru tetapi juga kulit akan menjadi kasar.Bila anda merokok, kesukaran memperoleh zuriat lebih tinggi daripada wanita yang tidak merokok. Jadi jangan amalkan tabiat buruk ini semata-mata mahu kelihatan hebat dan bersaing dengan lelaki.
*** Tidur secukupnya. Gemar berjaga malam mengakibatkan kelopak bawah mata akan kelihatan lebam dan kehitaman. Lama kelamaan, kesan hitam itu nampak hodoh dan memburukkan wajah. Berehatlah kerana ia baik untuk kesihatan tubuh.
*** Rajin-rajinlah cuci wajah selepas memakai alat solek. Tahukah anda, jika sisa alat solek tidak dibersihkan, membuatkan wajah kelihatan lebih hodoh dari usia.Tentunya anda tidak mahu tua sebelum waktunya.
*** Jangan terlalu ghairah nak kurus sampai memudaratkan kesihatan tubuh. Amalkan pemakanan seimbang. Gemuk atau kurus bukan soalnya asalkan badan sihat. Lagipun cita rasa lelaki berbeza; ada yang suka wanita kurus, tidak kurang yang minat pada wanita gemuk.
*** Manjakan diri sekurang-kurangnya sebulan sekali di salun untuk facial atau pergi ke spa. Kalau malas ke salun, lakukan sendiri di rumah, kosnya pun lebih jimat. Jadi tak adalah bila suami selisih dengan orang lain dan akui wangi tapi bila dekat dengan kita, katanya macam bau kuih basi.
*** Jauhi tekanan terutama membabitkan masalah rumah tangga. Berfikirlah dengan bijak untuk menanganinya. Hal kecil jangan diperbesarkan. Berbincang adalah jalan penyelesaian terbaik untuk mengatasi tekanan.
*** Yakini pada diri sendiri. Berfikiran positiflah kerana jika kita sendiri hilang keyakinan diri, bagaimana kita mahu berurusan dengan orang lain? Kalau anda mengatakan orang lain cantik, tentunya anda kena yakin pada diri sendiri. Jangan sesekali ambil keputusan menyepikan diri sebaliknya berkawanlah dengan ramai orang, mana tahu ada di antara mereka yang senasib dengan anda. Sekurang-kurangnya anda boleh berkongsi cerita yang sama.
*** Ketawalah. Di saat anda kesusahan, bersuka rialah dengan kawan-kawan kerana ia mampu menghilangkan duka di hati. Jangan menyepikan diri kerana kesannya lebih buruk. Ingatlah, kecantikan sebenarnya datang dari luaran dan dalaman yang sihat.
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Apr-2008 05:48 |
Email | Share | | Bookmark |
|
::Pulau Pangkor - Day 2::
|
|
Day 2 - Bangun awal pagi, pasal nak round island. Yelah tgh hari nak check out dah. Masa tgh siap2 nak turun g breakfast, tetiba dengan sesuatu yg mencurigakan kat balcony. Selak lah langsir nak tgk apa ke benda nya. Rupa-rupanya ada 2 ekor mat tgk "skodeng" kitaorg. Ya Allah terperanjat betul dan tak sangka berani betul dorang nih.
Inilah mat skodeng tuh...
Breakfast hotel ni mmg sedap. 1st class. Variety lah jugak...
Dah b/fast kitaorg jalan2 tepi pantai dr hujung sampai ke hujung...
Eiiii, romantik betul...
Damai dan tenang rasa nya sepanjang kitaorg kat sini...
Hilang semua masalah yg ada dalam kepala...
Dah puas jalan2, kitaorg naik atas dan packing barang..
Siap2 nak check out at 1200 noon. Feri plak kul 12.30
Sampai awal kat Jetty sempat jugak posing2, yelah ntah kan bila plak nak sampai ke sini lagi...
Sampai kat Lumut, terus g amek kete, lepas tu pekena Cendol dulu sebelum balik KL.
Bertolak dr Lumut lebih kurang kul 2.00pm dan sampai KL dalam kul 6.00pm.
Sepanjang perjalanan hujan lebat.
Nak balik dah...
Sampai je KL terus teringat balik kejadian tayar kete kena curi, fobia masih ada dalam diri nih...
Tido mmg tak lena... Dok memikir sampai ke hari nih..
|
|
|
|
|